Review Novel Suri Ryana : 3 in 1

Sunday, July 14, 2013




Assalamualaikum :) 

Salam Ramadhan.Weweet :) Hopefully korang masih lagi bertenaga dalam menunaikan ibadah puasa dan lain-lain. kalau letih,minumlah milo ,jad sihat dan kuat.Ahaha.Okay,memandangkan aku banyak masa bulan ramadhan ni,aku try nak buat kelainan sikit berkaitan review novel.haha. Kelainan la sangat : 3 

Review 3 in 1.Dah macam milo three in one pule.Ye dak? :P
Kalau korang perasan,lately ada seorang penulis yang agak berbakat dalam penulisan novel dan aku salah seorang peminatnya.

Suri Ryana.Aku suka ketiga-tiga novel beliau.Mungkin sebab tajuk dan jalan cerita dia yang sedikit berbeza.Aku cakap sedikit sebab,cerita dia masih mengekalkan identiti sendiri.Maksud aku, yang hero mesti mcm pernah kecewa dengan seseorang,so bertukar jadi macam tak dek perasaan ,then jumpa heroin,heroin tu buka hati hero tadi.Berbelit eh?Haha.Aku memang suka bagi belit-belit punya ayat :PP

Gambar di bawah menunjukan novel Suri Ryana mengikut turutan.MAID - ISTERI SEPARUH MASA- PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! See,korang tengok tajuk dia pun dah catchy gilee kan?Haha.



Maid - Cerita berkisarkan tentang Noorul yang menjadi pembantu rumah kepada Harris yang too fussy.Haha.Dalam cerita ini,banyak part yang kelakar sampaikan korang takdek masa nak rasa boring.Ye ke?Nak tau g beli, dan baca.Aku tak ingat sangat lah.Cuma yang aku tahu, Noorul ni siap jatuh chenta dengan Harris.Harris ana orang kaya tak kan nak pandang pembantu rumah?Eceh berlagak tak agak-agak.Tapi orang kata,cinta itu buta dan aku cakap orang yang bercinta tu pon kadang-kadang buta.MAID punya ending biasa but of courselah happy endng yew :))

Isteri Separuh Masa - Novel ini pula berkisahkan percintaan  tanpa rela antara abang dan adik angkat. Tentang Medina yang terpaksa kahwen dengan Nazrin Shah yang memang dah ada awek,Zita.Berpura-pura hidup dalam perkahwinan paksa rela ni kadang-kadang boleh buat dua-duanya jatuh cinta berguling-guling.Dalam tak suka sebenarnya diorang suka.Nazrin anggap Medina isteri separuh masa tapi sampai bila dia mampu bertahan,hatinya juga bukan dia yang pegang.Once dah jatuh cinta,dia terpaksa terima juga Medina sebagai isteri sepenuh masa.haha.Padan muka !

Playboy itu suami aku?!- Ini novel terbaru.Aku dah lama nak baca tapi baru berkesempatan untuk beli dan baca.Serius tak rugi bila dapat baca.Afina amnesia sehingga dia terlupa dia sudah punya suami.Adrian pula rasa Afina berubah drastik sejak mengalami amnesia.Dulu lembut mengikut kata,sekarang keras kasar dan membantah kata-katanya.Sudah tak boleh membuli lagi.Tapi rasa hati yang tak tertahan buat Adrian mengaku jujur mencintai Afina,Afina sudah tentu menerima tapi hanya sekejap bahagia mereka sebelum Afina pergi meninggalkan Adrian.Ada sebab Afina pergi,tapi kalu aku cakap baik korang tak payah baca.haha
So perg beli dan baca sendiri.Tak rugi .Serius cakap :D

Sudah habis aku perah otak untuk merangka karangan d atas .So Salam Ramadhan.Bye bye :) Terima kasih singgah baca.



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.