Review Novel : Dia Anak Jeneral

Monday, September 14, 2015

Usha cover novel. Usha penulis novel. Usha tajuk. Apa tunggu lagi. Pergi cari dekat kedai buku berhampiran sekarang! . Kalau cari dekat kedai basikal memang tak jumpa lah. halahai hambar betul. haha! 

Jap! Apa? Nak review sikek? Ala- ala. 

Tak suprise la kalau nak review sikek sikek. eh. 

____

Tajuk : Dia Anak Jeneral
Penulis : Hezzy Azra
Harga : Rm 25.00/ Rm 28.00


Taktahu nak start dari mana, sebab dah lama sangat tak review novel. sebab?  sibuk internship. eleh internship je pon. ahaha! Okay. Dia Anak Jeneral merupakan karya ke- 7 ( kalau tak silap)  yang ditulis oleh kak Hezzy Azra. Walaupun masa awal-awal penulisan  kak Hezzy, aku kurang minat  tapi  lepas  dah baca Melodi Kasih, aku rasa macam "woho* banyak gila improvement.  terus jadi  penulis favourite i. gituh.  haha. 

So, aku beli DAJ melalui online. sebab tak sempat nak pi mph,popular,kinokuniya-sebab bizi ken.ahaha. so aku guna perkhidmatan beli atas talian. Wasep Karangkraf Mall Sdn Bhd,- 011 29061240 untuk order, bayar. Dalam masa dua hari. Terjengul posmen depan rumah. 

oh yeay! 



Jalan cerita atau mainan plot ( tak tahu la wording yg aku guna ni betul ke tak. ahaks)

Berbeza. 
Kebanyakan novel akan mengisahkan konflik antara menantu lelaki  dengan mak mertua. Tapi DAJ ni lainya sebab dia mengisahkan menantu lelaki berkonflik dengan bapa mertua. Sekurang-kurangnya itu yang aku nampak. Zakhif dan Jeneral Hambali. Dua-dua kira nak guna kepala otak sendiri. Heh. Jeneral Hambali dengan sikap tegasnya, nak semua orang ikut cakap dia. Kemon Jeneral kot. ahaha! Zakhif pula yang memang dah biasa berdikari sejak kehilangan parents dia. so? 


"Tak boleh ke abang beralah sikit dengan ayah?" 
"Tak boleh ke ayah beralah sikit dengan abang?" 
"You're being difficult ... at times"
"He's being difficult .... all the time!
"Please don't criticize my father.He's always being like that.
"So, don't criticize me... because I have always been like this."


Jadi, boleh nampak betapa kusutnya hubungan menantu lelaki dan bapa mertua ni? Hahaha. Aku highlight benda ni sebab aku rasa plot cerita ni berat kearah konflik tersebut. selain itu, konflik syirin nak bagitahu jeneral hambali yang dia tak nak kahwin dengan nukman yg loser tu. Haha. Sebab Nukman ada perempuan lain, tapi main aci sembunyi. euw semak tau nukman nih. haha. 

Okay. 

Watak 

macam mana nak cakap yang aku dah jatuh hati dengan watak si Zakhif ni. alah Ian macam mana? haha Ian masih nombor satu. kehkeh siapa tak tahu Ian tuh, klik dekat nama Ian tu. Ian dengan watak gentleman dia. Zakhif dengan watak berdikari- pernah susah, dan semua benda dia boleh buat sebab dia hidup sendiri even dikelilingi dengan orang lain. Aku tafsir watak Zakhif ni seorang yang matang dari segi pemikiran dan tindakan, boleh cope dengan masalah. dan rata-rata kalau tanya perempuan, pun mesti akan pilih lelaki seperti Zakhif. Eh. ke aku sorang je? Haha.

Syirin

Bagi aku watak dia biasa-biasa. Entah eh. tak nampak X factor. haha. Nak cakap nakal  tapi tak senakal Irdina. hehe. cuma yang aku boleh cakap, Syirin ni dia tahu apa yang di nak dan dia berusaha untuk dapatkannya. Macam nak tentukan siapa pasangan dia? Nukman ke Zakhif. bila dia terpaksa buat keputusan untuk terima Zakhif, aku rasa tu konflik paling besar dia kena hadap la. sebab nak berdepan dengan jeneral hambali, kau hengat senang? kena penampar lagi.  time dia cakap dengan Zakhif, kalau Zakhif meminang dia, memang dia terima je. yang tu aku baca, huisyh memang nekad betul si minah syirin ni. haha. 


bila jalan cerita dah unic siket, watak hero pun dah cun, mainkan peranan, haruslah novel ni menarik -narik tangkai hati kita  untuk terus baca sampai habis apatah lagi ada part-part Syaqril dan Lara yang dirindui tapi siket sangat!ahaha.. Cari lah novel Cinta tak beralih, baca dan mesti mengimbau kenangan. haha


Ending cerita ni, malas la aku bagitahu kang tak suprise. cuma aku yakin sekali kau baca DAJ, kau nak baca lagi. (amboi, yakinnye aku. haha)  so tahniah buat kak Hezzy Azra untuk novel ke tujuh. *tepuk tangan sambil kelip kelip mata* dan dengan cerita da masuk cetakan kedua. Tahniah lagi. Semoga terus menghasilkan kisah-kisah yang menarik dan ada pengajaran. :) Love you. XOXO.


oh yeay! 



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.