#Perlis 2016 | negeri paling sesuai untuk lari dari kesibukan.

Monday, January 18, 2016


Hari Kedua

Flaspacking aku dan Zahroh jadi lebih meriah sebab member aku semua ada. Tikah, Farah & Fath! Jyeahhh. Depa dengan rela hati mau jadi tourguide. Depa baik. Jadi lah seperti depa. Ok hambar. haha ( tapi depa memang cool gila. teman kami pi semua tempat. thank you gaiss. muahciked!hahahahaha)

Kalau ada orang tanya aku " mana tempat yang best untuk aku escape se-ke-ti-ka dari kekusutan/kesibukan dan bla-bla."

aku tak teragak-agak untuk recommend Perlis Indera Kayangan. Ahaks-ahaks. Sebab mana-mana hang pi tempat dekat Perlis ni memang tak memerlukan bajet yang tinggi bahkan hang akan dapat menikmati pemandangan yang menghijau dan menenangkan hati. wuuuh!

1. Timah Tasoh Lake Resort.
 
 Ni sebuah resort. Yang nak menenangkan fikiran, boleh mai sini. Ampa pon boleh lepak resort.Tapi aku tak pernah la stay resort dia pasal rumah aku dulu dekat ja. so selalu datang,untuk ber- bbq, lepak lepak. dan nikmati keindahan alam semulajadi. Kali ini kami tak buat bbq tapi just breakfast dekat pondok yang disediakan.


tudia tasik.hujung kaki ja. haha. boleh feeling janam janam. heh
beli nasi minyak & kuih dekat kedai bomba dan breakfast di sini, jauh perjalanan semata nak breakfast!. haha




2. Gua Kelam 


    Gua Kelam ni dulu dikenali sebagai lombong biji timah. Jadi penghubung antara penduduk Wang       Kelian dan Kaki Bukit.  Dari Kangar ke Gua Kelam, lebih kurang 37 km. Tapi jangan risau, nak pi     sat ja. Tak jam haihh. Nama dia, Gua Kelam pasal keadaan dan suasana yang sentiasa kelam.              Tapi jangan risau. dalam gua tu ada lah dia letak lampu di beberapa checkpoint. So tak lah seram        sangat. * tpi sebenaqnya seram juga. aheraher :| Untuk ke secret Garden, kita kena lalu jambatan       gantung. Lepas itu kita boleh mandi manda. Eheh. Gua Kelam ni memang tempat paling ideal untuk   picnic, trekking dengan member atau pun family! Masuk Gua Kelam - RM1 je. mampu milik gaiss.Eh!



3. Padang Besaq

Padang Besaq, ni tempat kalau ampa nak shopping la. sebab barang barang macam beg, baju, beras, makanan, dan sebagainya boleh dibeli dengan harga yang murah. Lagi murah kalau ampa pi time weekdays. kehkeh.

Selalunya, time weekend, padang besaq memang crowded gila! Sebab ramai pelancong tak kira dari dalam atau luar negara pi sini. So orang-orang Perlis jarang la pi time cuti. Bila time weekdays, tak ramai orang. kedai pon buka lambat. 



Sampai Padang Besaq, kami lunch dulu. pekena tomyam, somtam, semua benda la. lepas itu pi shopping sikit-sikit. Tak dak shopping apa pun. Saja bawak Zahroh. Lepas itu, kami try aiskrim nyoq. Hmm. Sedap baq hang. Aku suka pasal ada pulut hijau.. Yumms! Kedai aiskrim nyoq ni tu kat depan tu ja. (refer gambaq) Rm4.30





4. Koma Laut

KomaLaut ni pula  tempat makan seafood.tapi tak payah risau belum ada yang koma lagi bila pi makan kat sana.haha. sebenaqnya, ada dua tempat kalau nak pi makan seafood, satu yang betoi-betoi dekat tepi Kuala Perlis. Satu lagi dekat Koma Laut. So malam itu, mak Farah bawak kami pi Koma Laut. dan try restoran canggung ikan bakar. Sedap jugak. Zahroh nak try mentarang. dia macam adik beradik kerang, kepah la tapi dia lagi sedap. Mentarang masak halia. Sedap weih!





okay. untuk hari kedua, selesai takat ni dulu. Esok last dayyy.Huhuhu. 

ok bai. thanks baca entry nih! 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.