Review Novel : Setiap Detik Nafasku/ Dhiya Zafira


( btw, korang boleh follow a_bookreview di instagram :) 


Novel ini, aku beli dah dua tahun. Tapi baru hari ni tergerak hati untuk membaca selepas mengkhatamkan kisah pendek HAQ dalam Antologi Cinta Dia. Novel Dhiya ini aku akui ada sedikit keunikan berbanding dengan novel-novel melayu yang lain. Kisah yang tulis oleh penulis terus-terus punya aksi yang mendebarkan dan mencemaskan. 

Dalam Setiap Detik Nafasku ini, apa yang aku boleh simpulkan, jalan ceritak, olahan perawatakan dan bab demi bab sangat lah menarik. walaupun ada beberapa elemen flashback, namun flashback di ceritakan dengan baik tanpa menyerabutkan fikiran kita. 

mengetengahkan kisah Dzar Talha yang terpaksa struggle menggalas tittle banduan atas kesalahan yang tak dilakukan. Konspirasi ahli keluarga sendiri yang mahu menjatuhkan Dzar Talha, memaksa Dzar Talha meringkuk di dalam penjara selama 7 Tahun. 


novel ini semakin menarik dengan imbangan kisah antara kisah Dzar dan Ara yang masing-masing punya kisah silam yang tersendiri. Konflik antara keluarga itu mengembangkan lagi plot sedia ada. Dendam Dzar Talha terhadap Hisyam dek sejarah  yang lalu, manakala Ara yang tersepit antara kemahuan diri sendiri dan kemahuan Mak Da dan Tg. Hanafi.

Kejutan demi kejutan yang kita langsung tak boleh nak agak. bila watak sampingan menjadi dalang di sebalik semuanya. Ketamakan dan kerakusan Izhar membalas dendam sehingga menyebabkan Dian sengsara. 

Aku rasa, banyak sebenarnya konflik dalam cerita ni. Tapi Dhiya Zafira dapat mengupas setiap satu konflik itu dengan baik. Penulisan pertama yang buatkan aku menangis berkali kali, bila Dzar Talha terpaksa tunduk dengan kemahuan Datuknya supaya tidak bertemu dengan mak dan adiknya sendiri. 7 tahun 6 bulan. 

Kisah ini lebih menyentuh kekejaman, dan ketamakan seseorang yang mempunyai segalanya sehingga mampu berbuat apa sahaja sehingga tergamak menganiaya dan menamatkan nyawa. 

Thumbs up! Tahniah buat penulis. Semoga kak Dhiya Zafira terus menghasilkan novel yang penuh aksi dan memberikan pembaca mesej yang baik. 

 

Love you, 
XOXO


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.