Ulasan Buku : Advantura Pulang Ke Malaya ( Travelog )









Pengenalan:

Advantura Pulang Ke Malaya merupakan sebuah buku travelog paling laris dijual di PBAKl 2015. Travelog ini di tulis oleh saudara Badrul Hisham  yang merupakan seorang lulusan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti terkemuka di England. Travelog yang diterbitkan oleh Dubook ini mempunyai hampir 188 muka surat yang dilengkapi dengan pelbagai gambar yang sangat menarik! 

Ulasan Buku:

Travelog ini merupakan kisah benar hasil tulisan tentang kisah perjalanan saudara Badrul dari London ke Malaya (copy paste dari cover buku.lol) dengan berbasikal. Dengan berbekalkan Rm8000, beliau berpeluang merentasi hampir 18 negara dalam masa 5 bulan. Impian beliau sangat lah tinggi, tapi beliau telah membukti kan bahawa impian itu bukan lah sesuatu yang mustahil untuk di capai sekiranya ada usaha dan berjiwa kental.heh.

Membaca kisah perjalanan saudara badrul ini umpama kita menghirup milo 3 in 1. Ada pelbagai elemen yang di ketengahkan didalam travelog ini antaranya, pengalaman peribadi beliau sepanjang perjalanan pulang ke Malaya, sedutan-sedutan dialog antara beliau dan rakan-rakan, fakta sejarah, quotes yang boleh buat kita berfikir panjang dan juga gambar -gambar yang memukau pandangan sepanjang pengembaraan beliau.

Gaya penulisan yang bersahaja juga buat aku tidak lokek dengan senyuman lebar, mengangguk setuju mengakui dan menggeleng tanda tidak percaya. Kesemuanya di cantum erat menjadikan ia satu perasaan yang memuaskan sehabis membaca travelog ini.Akhir sekali, travelog ini mampu membuatkan masyarakat di  luar sana terinspirasi dalam terus mengejar impian dan cita-cita yang mereka kehendaki.

Walaupun dah masuk tahun 2016, korang masih boleh mendapatkan travelog ini sekiranya mahu mengenali negara-negara yang di kunjung saudara Badrul! Semoga penulis terus sukses! 


Semoga ada manfaat. Terima Kasih sudi baca. Jumpa nanti.
6 April 2016
2.47 ptg, Kuala Lumpur. 



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.