#Bookends (Local Books Readathon) : Review : Cinta Menyala di Constantinople , Fahd Razy.

Sunday, May 14, 2017



Bulan lepas, aku mampu buat satu review saja, memandangkan aku busy menyesuaikan diri dengan kerja aku. Basically, aku cuba menjadi seorang freelance secara part time. Aku fikir mudah tapi sebenanya tidak. (Okay memang akan selalu macam itu punya. Huh) Aku ada plan untuk tulis pro and cons jadi kerja freelance vs kerja 8-5, tapi rasa macam tak cukup input nak share pun tapi tengoklah dulu, kalau aku ada kesempatan dan dapat ilham, aku tulis ok? 

Hari ini, aku buat review sepantas kilat sesudah membaca Cinta Menyala di Contstatinople. Sepantas kilat? Sebab aku saja nak support ' Bookends Local Books Readhaton for 48 hours' dari 13 May - 14 May.

Sepatutnya ia proses membaca tanpa henti. tapi memandangkan aku kena attend seminar dan sebelum tu pulak, aku kena uruskan hal keluarga so aku support juga aktiviti ini dengan ubah style sikit la, tapi okay apa, aku berjaya juga khatamkan buku ini. ehe. 

Oh ya, korang boleh follow instagram : @bookendsmy ( ig itu banyak juga buat contest/aktiviti menarik untuk pembaca dan peminat buku) 



( nasib yang jadi model adik sendiri, tak payah bayar >.<) 


Cinta Menyala di Constatinople ini aku beli ketika pbakl2017 tempoh hari. Aku pernah baca tulisan Dr. Fahd Razy dalam Cakar Ayam Doktor dan lepas tu aku rasa penulisan beliau santai dan sempoi. Sebelum aku decide nak beli buku yang mana, aku rajinkan diri usha Facebook page Katar-Pilar Book. Rambang mata seh, diorang punya buku colourful dan fresh! Tapi itu lah, kekangan kewangan semasa membuatkan aku terpaksa memilih satu dari berpuluh jenis tajuk. eh. 

2 Sebab kenapa aku tertarik dengan CMDC:

CMDC ini aku pilih sebab tajuk dia sendiri 'Cinta Menyala di Constatinople'(jangan kecam aku seh) haha. Cinta ni maksud dia luas dan bagi aku, semua orang perlu ada rasa cinta, tak kisah la dalam ruang lingkup apa pun. Dan kalau korang baca kumpulan cerpen ini, korang akan faham cinta yang di ketengahkan, di tujukan kepada siapa.

Kedua, muka depan CMDC  itu yang menarik perhatian aku. Image Blue mosque (kalau aku tak silap, kalau silap mohon betulkan) Colour purple, remang senja yang ditonjolkan itu bagi suatu semangat yang lain. haha. (Tak over sangat ke ? Tapi itu lah yang aku rasa bila tengok buku ini)

Sinopsis yang aku rasa jujur.  'Persembahannya terencam menjangkau muansa kasih-romantis kepada suspens dunia pra-apokalips, bahkan turut menjelajah jauh ke ranah sejarah. CMDC adalah ungkapan rindu dua kekasih yang terpisah oleh tembok agam, sengketa empayar dan akidah.'

*****

Memuatkan cerpen-cerpen yang ditulis oleh Dr. Fahd Razy (salah seorang ahli panel sewaktu Perhimpunan 1000 Penulis )  dari awal penulisan beliau.uma dalam CMDC ini gaya bahasa ini  lebih puitis dan sastera sungguh. Jauh  beza dari Cakar Ayam Doktor, tapi ialah dah cerpen kena ayat puitis baru feel. Cerpen yang paling menarik dan memberi kesan ialah : 

1. Cinta Menyala di Constantinople
2. Sedingin Cinta Ibrahim 
3.Tulis Masih Merah di Istanbul 
4. Rekah-rekah di Andalusia

Nampak tak cerpen menarik bagi aku semuaya ada perkataan 'cinta'? Hahahahahaha. Okay bai. Btw, korang boleh pergi usha Facebook page : Kata-Pilar Books,ESOK LAST promosi online  harga macam dekat PBAKL2017


14 Mei 2017 
11.59 malam.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.