Review Tentang ... Dhiya, Syud




" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud 

"Andai dia menunggu waktu itu mungkin dia akan terlepas
 daripada merasakan keindahan titisan hujan."  - Syud 



Tajuk : Tentang... Dhiya
Penulis: Syud
Penerbitan : Jemari Seni 
Halaman : 544



Aku selesai baca Tentang... Dhiya dalam masa satu hari. Alhamdulillah, kembali menjadi speed reader. eheh. Itupun disebabkan assignments dan slides presentation. aku dah settle dengan penuh bergaya. eceh. Jadi dapat lah aku manfaat kan masa cuti aku dengan menghabiskan Tentang... Dhiya yang ditulis oleh Syud. 

Sudah la sewaktu baca Vignette aku menyesal sebab baru tahu karya Syud ni best
! Menyesal sebab aku lambat membaca karya Syud? Sikit lah, tapi orang kata better late than never, gituhh so tak yah la nak nyesal sangat, sekarang dah tahu, so boleh la rembat dua tiga novel karya beliau lagi. 

Tentang ... Dhiya ini merupakan novel kedua yang aku baca dari Syud, selepas Vignette. Aku mula mula tak kenal pun Syud ni, tapi lepas baca Vignette, aku terus jatuh chenta dengan gaya penulisan dan penyampaian. Makanya, aku ambik kesempatan untuk dapatkan Tentang... Dhiya ini masa Jemari Seni buat diskaun hari tu. haha. 

Apa yang aku boleh katakan, cerita tentang Azril Mustaufi dan Dhiya Nurlisa ini menepati citara rasa aku. Plot cerita dia agak berbeza. walaupun tak lari dari tema cinta, kekeluargaan dan persahabatan. Tapi kalau korang kenal aku melalui 'review buku', korang akan selalu perasan yang aku selalu highlightkan  tema cinta, keluarga dan persabahatan ini mampu mengikat aku dengan karya sesiapun. Aku memang suka gila dengan tiga tema tersebut. Rasa dekat dengan diri aku. Mengingatkan aku supaya lebih hargai orang disekeliling aku.  Baik ke dia, buruk ke dia. Tetap menjadi asbab siapa kita sekarang.

Macam juga dalam cerita ini. Lisa dengan Jiji, Asma, Lia. Azril dengan Taufik, Pacai. Dan aku percaya karakter atau personaliti seseorang, dibentuk dengan pelbagai faktor. Boleh jadi, environment, personal factor, tingkah laku. Macam Lisa, watak yang diketengahkan adalah oleh seorang yang pasif, suka pendam perasaan, sometimes dia lebih suka judge daripada dia bertanya pasal-pasal, pemarah susah nak tolerate. Semuanya, disebabkan masa silam dia. Trauma masa lalu. Manakala Azril pula, sebaliknya. Azril ni dia lebih concern. Dia lebih peka untuk benda-benda yang kecil. itu yang buatkan Azril, istimewa pada aku. walaupun dia juga megalami masalah dengan papa dia. Tapi tu yang menunjukkan cara orang menghadapi masalah itu berbeza-beza. 


aku boleh katakan yang cerita ini banyak konflik tapi cara Syud mengembangkan konflik itu memang  santai dan sebagai pembaca, kita tak berselirat nak faham. haha. 

cumanya aku rasa dalam cerita ni banyak scene-scene yang menunjukkan 'kebetulan' terlalu banyak. sampai satu tahap, tak suprise dah. haha kalau nak dibandingkan dalam realiti, obviously, susah nak cari. tapi still cerita fiction kan apa pun boleh jadi. 

so aku rasa keseluruhan cerita ini, memang menarik untuk dihadam. menarik untuk diterokai. Sesekali baca, buatkan kita terhibur dan ketawa geli hati apabila membaca part Lisa, Azril dan kawan-kawan dan  percanggahan antara Lisa dan Azril. 

Kalau korang masih ragu-ragu untuk membaca karya Syud ni, aku nasihat jangan ragu-ragu kalau tak  menyesal macam aku. haha. 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.